Menu
Laksamana_Jeneral Reich KetigaDi dalam Kriegsmarine Jerman semasa Perang Dunia Kedua, Generaladmiral merupakan pangkat diatas Admiral dan dibawah Grossadmiral. Generaladmiral adalah pangkat laksamana empat bintang, setaraf dengan laksamana penuh dalam tentera laut British dan Amerika. Di dalam sistem pangkat tradisi Jerman sehingga Perang Dunia II, laksamana setaraf dengan laksamana madya British atau Amerika.
Insignia pergelangan baju bagi Generaladmiral ialah sama dengan laksamana tetap, iaitu satu baris lebar, diikuti di atasnya dengan tiga baris sederhana (kolbenringe dalam istilah tentera laut Jerman), manakala baris yang diatas sekali mempunyai satu bintang kecil. Generaladmiral memakai tiga pip diatas bahu (epolet) bagi membezakan mereka daripada laksamana tetap. Persamaan Generaladmiral dengan Tentera Darat dan Tentera Udara Jerman ialah kolonel jeneral (Generaloberst).
Pada tahun 1943, satu arahan telah dikeluarkan iaitu jika Oberbefehlshaber der Kriegsmarine (Panglima Tentera Laut) menyandang pangkat Generaladmiral, dia akan memakai insignia pergelangan tangan seorang laksamana besar, tetapi kekal memakai epolet bahu seorang Generaladmiral.
Amalan yang sama telah digunakan dalam Tentera Darat Jerman, membenarkan kolonel jeneral memakai empat pip di atas epolet bahu apabila terlibat dalam tugas-tugas Fil Marsyal. Pangkat Generaladmiral pada mulanya diberi kepada bakal laksamana besar Erich Raeder pada 20 April 1936.
Lain-lain penyandang laksamana jeneral ialah;
Yang menarik perhatian ialah Karl Donitz telah dinaikkan pangkat ke laksamana besar dengan tanpa menjadi laksamana jeneral dahulu.
pangkat junior Admiral | (Pangkat Kriegsmarine) Generaladmiral Generaloberst | pangkat senior Grossadmiral |
Menu
Laksamana_Jeneral Reich KetigaBerkaitan
Laksa Laksamana Laksamana Armada Laksamana Armada (Royal Navy) Laksam Laksa Sarawak Laksamana (kumpulan muzik) Laksatif Laksamana Madya Laksa KedahRujukan
WikiPedia: Laksamana_Jeneral